Want your
own Fotopage?









 
Shahrul Nizam's FotoPage
Image hosted by Photobucket.com
By: Shahrul Nizam Mahfudz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
School Break Trip:Genting Highland

dah samapi genting
tinggi la patung tu abah
atuk & opah
View all 24 photos...
Hi semua,

Kali ni cuti sekolah menjelma lagi. Seminggu aje. Terpaksa la celebrate & ambik cuti sebab family datang ke KL dan adik aku yang kecik nak jalan2 sempena cuti sekolah. Memandangkan tight budget, maka ke Genting Highland la kami sekeluarga.

Penat tak terhingga sebab kena dukung Izzah. Bukan tak boleh dia jalan sendiri, lambat sangat.. pastu suka lompat2 riang selalu. Yang paling best, aku dengan kakak Ipar try Flying Coaster.. yang lain2 bukan tak nak try.. tak cukup tinggi (adik aku-syazwan).. kena jaga anak.. dan takut!!!meniarap macam superman naik benda ni. Actually teringin nak try bukan apa, saja nak rasa macamana tarikan Kuasa G. Berangan nak rasa macamana jadi fighter pilot pastu jet pusing2... he he. Getar lutut dan pening lepas naik benda ni. Dalam hati, patut la pilot boleh pengsan kalau kapal terbang pastu terhempas kalau Kuasa G kuat sangat. Actually, dari pembacaan aku, Roller Coaster ni diilhamkan oleh bekas fighter pilot yang nak bagi rasa kepada orang ramai tentang Kuasa G. Hebat!.. he he he

Care to comment?


Tuesday, 22-Aug-2006 04:13 Email | Share | | Bookmark
[b]Repair Kapal Terbang RC[/b]

kapal terbang yang asal
koyak & tampal sana-sini
usaha membaiki pun bermula
View all 11 photos...
Hi semua,

Lama dah tak update my FP. Takder aktiviti yang menarik pun. Anyhow, berikut adalah gambar-gambar ketika proses pembaikan (recovering) one of my RC planes. Issi masa terluang yang ada..

Actually, plane ni beli secara second hand dengan harga yang tak masuk akal (murah sesangat!).. sekali dengan enjin!. Tapi disebabkan comot abis dan banyak covering dah koyak (tuan asal punya kerja la).. terpaksa la buat recovering balik. Selain usaha untuk menampakkan agar ia lebih cantik & kelihatan baru, kerja-kerja skill..craftmanship ni memang aku suka.. biar skill bertambah baik... aku teringin sangat jadi macam mat salleh.. ader workshop sendiri.. buat barang buatan sendiri.. ada keupayaan membaiki dan mencipta.. pasal tu la aku suka tengok rancagan macam rides, american chopper, suprise by design kat ATRO. Moga-moga satu hari nanti akan menjadi realiti.

huishhh terror la abang ni. Tue 22-Aug-2006 04:38
Posted by:umi izzah
assalamulaikum.... buat pengetahuan en. nizam. saya salah seorang yang berminat dalam pembuatan kapal terbang. buat masa ini saya sangat berminat membuat kapal terbang RC. Sebelum ini saya telah membuat kapal terbang yang bolah dinaiki orang. tapi ringkas jerr.. dan boleh terbang sejauh 50 km. dengan ketiangging 500 kaki. mungkin lain kali kita boleh berkongsi pendapat mengenai RC plane di lain masa. terima kasih. Wed 20-Feb-2008 05:27
Posted by:mohammad iman mohdiman@gmail.com
Brader mohammad Iman,

Huhshhhh..itu dah kire hebat tu kalau dah boleh buat kapal terbang orang naik..walaupun 50km. Ada website atau Fp nak tgk?.
Free2 jenguk la di www.i-putra.com.my... disitu ada forum khas kami yang main RC kalau berminat dengan bidang ni
Tue 4-Mar-2008 13:13
Posted by:jobet-ngebor
Add comment


Sunday, 2-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Aaabaaahhhhhhhh!!!!...

 
 
 
View all 5 photos...
Ini lah buah hati aku.. kalau rasa tension ajak la main-main dengan dia mesti tak jadi nak tension.. tak jadi nak marah. Sekali dia senyum cair hati aku. ini lah hikmahnya orang berkahwin dan ader anak. Banyak yang aku berubah kerana budak comel sorang ni..Thanks to ALLAH..

tapi yang paling best... dia dah pandai cakap.. sebut ABAAAHHHH! (ABAH). he he he. Cuma UUUUMIIII (UMI).. dia belum pandai lagi...

emmm....anak 1'st ke? biasalah budak tgh naik seronok melayan Wed 19-Jul-2006 08:00
Posted by:ina  - [Link]
Add comment


Saturday, 1-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
[b]Muka Aku Masuk TV[/b]

 
 
 
View all 5 photos...
Akhirnya episode aku kuar jugak kat TV. Actually, sepatutnya ditanya pada 26/5 hari tu.. disebabkan pertukaran program tv di astro ria muka aku kuar pada 30 Jun hari tu. Tapi masa tu aku kat luar, yang inform mak bapak aku. Jadi terpaksa la aku tengok ulangan sabtu kelmarin.


wah..suda kuar TV..makin glamour ar.. Tue 11-Jul-2006 06:52
Posted by:~izza@putrajaya~  - [Link]
tahniah dpt tengok muka sendiri kat depan tv..
camana na masuk ha bang?
Wed 19-Jul-2006 11:04
Posted by:yginsaf yginsaf@lycos.com  - [Link]
i tried to find ur name on kunci khazanah .. but only found this website:
http://yginsaf.blogspot.com/2006/07/kunci-khazanah-episod-23.html
Sat 29-Jul-2006 12:54
Posted by:peter onenitaa@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 29-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
[b]Kapal Terbang Baru: Super Decathlon .40[/b]

izzah tolong bukak yea..
baca manual dulu sebelum pasang tau
buatan phoenix
View all 11 photos...
Ini lah kali pertama aku beli kapal terbang baru.. scale lagi.. kene assemble sendiri.. setelah hampir 2 tahun main kapal terbang RC. Selama ni aku beli 2nd hand.. maklumlah dah master betul-betul baru la layak pakai yang baru.

Kapal terbang ni buatan Phoenix.. size 40. Actually dari apa yang aku tau.. kapal terbang super decathlon ini dikategorikan sebagai Aerobatic Trainer. Maknanya, mana-mana pilot yang nak buat aerobatic mesti trainning pakai kapal terbang ni dulu. walaupun 'highwing plane' manuver yang boleh buat agak banyak jugak la. Apa-pun nanti aku updatekan kerja-kerja pemasangan dan maiden flight..

Care to comment?


Sunday, 25-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
[b]Hari RC[/b]

Seharian suntuk aku main RC. pagi main kapal terbang kat Cyberjaya. Petang pulak berlumba bot kat Jalan Ipoh. Syokk betul..

Tapi yang sedihnya kapal terbang aku sangkut kat pokok masa nak landing. Tak perasan ader pokok mati kat atas bukit. Alih2 tersangkut kemudian jatuh. Nasib baik la minor damge jer. Boleh repair. Nanti aku apload gambar2 proses merepair. Aku nak buat sendiri.. 1st time aku repair kapal terbang sendiri. nak buktikan aku bukan pandai main jer... repair pun buleh tau!.

Petang macam biasa la.. main bot. Lupa nak bagitau.. bot aku sebenarnya dah berwajah baru. Biar nampak garang.. nak laju sgt tu sen tak cukup la.. anyway gamabr ni atas ikhsan http://nazwan78.fotopages.com (hirie) yang merakam aksi rc semlm. sian tgk dia.. gambo dia sikit jer.. gambo orang lain lak yang banyak.


Care to comment?


Wednesday, 31-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
[b]Family Trip 2006: East Coast[/b]

 
 
at tasik banding
View all 45 photos...
Sekian lama merancang dengan keluarga untuk bercuti ke Pantai Timur, akhirnya tercapai hasrat juga ke sana walaupun menempuh pelbagai rintangan sehingga hampir-hampir rancangan bercuti ini dibatalkan.

1st Day: Kelantan
Perjalanan dimulakan dari Sri Manjung terus ke Kota Bharu. Perghh.. Jauh gila rasanya. Jalan pulak agak berliku sampaikan adik aku muntah nak sampai ke kelantan. Singgah berhenti ntah berapa kali.. maklumlah ader budak kecik sekejap berak.. sekejap lapar. sampai di kelantan terus makan tengahari. Tapi lain ceritanya jadinya. Kena aniaya oleh peniaga restoran disana. Kami berlapan makan tengahari berharga RM80!!!. Menu yang diorder pun ala kadar jer.. kedai tepi jalan.. ntah2 lesen berniaga pun tak der.. kambing..ayam..kucing lalu tepi kedai, bawah meja. tapi bila nak bayar kena RM80!. melampau tu!.. makan kat KL pun tak mcm tu sekali. Last2 bapak aku bangun mintak minah tu kira satu2 depan dia.. tak nak pulak minah tu.. dua kali dia keluar bagitau harga memang RM80. kali ketiga baru dia bagitau harga sebenarnya RM54 saje. Mau tak mengamuk bapak aku. Mentang2 kami orang luar.. potong kepala pulak. Tetiba pulak teringat cerita Mak cik Sapiah nasi Dagang RM45.... ntah sapa la yang betul. Ist day dah bad experience.

2nd: Terrengganu
Sebelum ke Terangganu.. breakfast kat pasar Besar Siti Khadijah.. singgah dulu shopping kat Pengkalan Kubor, Panasnya tak tau nak kata. Ist time jugak tengok anak aku meragam gila2. selama ni tak penah tengok dia mcm tu. Errr.. panas semacam satu hal.. satu hal lagi betul kata Tok Nik Aziz.. Kelantan kotor. (tak puas hati marah kat Tok Nik la yea). Aku hanya mengiyakan saja. On the way ke Terengganu adalah singgah 2-3 kat beach.. cantiknya menawan hati. kalau orang kaya dah lama aku beli tanah tepi pantai kat situ. Sampai terrenganu pun dah hampir malam.

3rd: Pahang
Sebelum ke pahang pegi dulu Pasar Payang.. beli kain batik.. telur penyu. rambang mata tengok kain2 cantik.. samping la.. baju batik. Tapi kami tak shopping sangat sebab tight budget la. Lepas tu singgah batu burok dan terus ke pahang. Nak sampai pahang saja2 la nak tidur kat hotel 5 star.. nak bagi budak2 mandi swimming pool tapi semua penuh.. last2 tidur kat hotel yang aku dah booking - Seri Malaysia. Ok gak la.

4rd: Kuala Lumpur
pagi lepas budak2 mandi swiming pool terus jer bertolak ke KL. Sekali lagi anak aku mengamuk dalam kereta.. tak tau la apa yang tak kena dengan dia. Akhirnya lega sampai KL.. esoknya jalan kat Carboot Sale Shah Alam. Lebih-lebih pulak mak bapak, abg kakak ipar aku shopping. Semua cakap kain kat Shah Alam lagi cantik dan murah dari Kelantan. He he he.. apa yang nak diperkatakan lgi... enjoy la pic kami sekeluarga

Bestnye.. mane lagi shukur n wan?..sikit sangat le gambo diorang. Mon 19-Jun-2006 06:53
Posted by:naisa
wan chu.. gambo tak banyak ambik sangat.. gambo shukur banyak kat camera dia.. Mon 19-Jun-2006 08:23
Posted by:joget-ngebor  - [Link]
serik gi Pantai Timur ikut jln darat..jlnnya berpusing2 & wat pening kepala ja..tobat x mo ikut jln darat lg..huu..huuuuuuu..pasni kena ikut jln 'udara' je la.. Tue 11-Jul-2006 07:09
Posted by:~izza@putrajaya~  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 21-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Office Barbeque

inilah 'keluarga' kami
 
 
View all 30 photos...
Ok.. ini salah satu aktiviti keluarga Seksyen Peperiksaan, Universiti Malaya untuk tahun 2006. Sebelum ini, dah berjaya organize Hari Keluarga di A' Famosa. Susulan daripada itu, aktiviti barbeque dirancang pula dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan mendapat sokongan penuh staff lain.

Seronok rasanya bekerja kat Seksyen Peperiksaan. Bukan sahaja ada teamwork yanag baik untuk menjalankan tugas harian di pejabat malah semua dapat buktikan aktiviti luar sebegini pun boleh dibuat dengan jayanya. Moga-moga objektif aktiviti ini untuk merapatkan silaturrahim diantara satu sama lain dan juga ahli keluarga masing-masing tercapai. terima kasih semua...

ooo...buat makan-makan tak ajak kiter yerrr..tak pe Thu 25-May-2006 23:47
Posted by:citah
Add comment


Sunday, 21-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Office Barbeque

 
 
 
View all 6 photos...
Ok.. ini salah satu aktiviti keluarga Seksyen Peperiksaan, Universiti Malaya untuk tahun 2006. Sebelum ini, dah berjaya organize Hari Keluarga di A' Famosa. Susulan daripada itu, aktiviti barbeque dirancang pula dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan mendapat sokongan penuh staff lain.

Seronok rasanya bekerja kat Seksyen Peperiksaan. Bukan sahaja ada teamwork yanag baik untuk menjalankan tugas harian di pejabat malah semua dapat buktikan aktiviti luar sebegini pun boleh dibuat dengan jayanya. Moga-moga objektif aktiviti ini untuk merapatkan silaturrahim diantara satu sama lain dan juga ahli keluarga masing-masing tercapai. terima kasih semua...

Care to comment?


Monday, 15-May-2006 06:28 Email | Share | | Bookmark
Merempit Bot

ini lah bot saya
bot & peralatan lain
thunder tiger 3.5 falcon
View all 16 photos...
Hai semua..

Seperti yang dijanjikan kali ni punya update khas untuk berita race bot rc saya. Alhamdulillah semua ok last week. Tak sangka rupanya kepuasan.. best tak terhingga sesekali 'merempit' ( dengan cara yang selamat..bukan macam budak-budak b*d*h dalam citer 999 tu..). dengupan jantung.. deruan enjin.. plus aksi-aksi ganas dan mendebarlkan menjadikan hobi ini sungguh menarik.

berbeza dengan fly kapal terbang rc... kapal terbang lebih kepada skill.. aerobatic manuver.. take time untuk pandai. macam main bot ni.. sekali main dah pandai... lebih kepada kelajuan.. kejar mengejar...sesuatu yang berbeza. tentu yang lain-lain terfikir.. macamana kalau enjin bot mati tengah tasik?.. sapa nak pegi ambik?.. macam tu lah pada mulanya saya berfikir. tapi bila dah tengok member lain main.. baru tau. Biasanya boaters ni akan sediakan sebuah bot berkuasa elektrik (bateri) tak kiasah la kecik ker besar. Peranannya sebagai towing boat untuk selamatkan bot kita.

nampak gaya kena bahagikan masa dengan lebih berhati-hati dan adil dimasa akan datang.. kena spend masa nak fly kapal terbang rc (kena practice selalu baru boleh pandai).. nak race bot rc lagi dan yang paling penting.. kena spend masa jugak untuk my family especially main dengan my dauhgter yang semakin nakal dan ceria..

jumpa lagi diupdate yang akan datang.. bye!

dengupan jantung.. deruan enjin.. kui..kui..kui... Mon 15-May-2006 08:09
Posted by:ratnamurniwati  - [Link]
merempit camtu tak kena tahan polis ke Thu 25-May-2006 23:49
Posted by:citah
wah..interesting hobi ni..
tak takut tenggelam dalam tasik ker....
Sun 23-Jul-2006 14:07
Posted by:hanieliza  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.